Resepi Sambal Ikan Bilis Kacang Yang Sedap - Resepi Sambal Ikan Bilis - Sambal Ikan Bilis


(Resepi Sambal Ikan Bilis Kacang Yang Sedap)

Bahan-Bahan Resepi Sambal Ikan Bilis Kacang Yang Sedap:

Ikan bilis
Kacang tanah
10 biji cili kering yang belom kisar
1 senduk cili kering yang sudah dikisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari gula melaka
2 atau 3 keping asam keping
2 sudu kecil gula pasir *ikutlah kalau suka manis letak lebih...
Garam secukup rasa

Cara Membuat Resepi Sambal Ikan Bilis Kacang Yang Sedap:

1.10 biji cili kering yg belom kisar digoreng garing ni untuk kita bt mcm cili flakes..

2.Goreng kacang tanah dan ikan bilis.Selepas da goreng toskan minyak letak tepi sejukkan dulu...

3.Blender bawang besar dan bawang putih. Pastu pakai la minyak yg goreng kacang tadi tumis bawang yg diblender tadi..

4.Dah tumis bawang tadi masukkan cili mesin 1 senduk td.. Lalu letak terus gula melaka sebesar ibu jari tadi.. Bior je dia masak sebati..minyak jgn banyak masa tumis tu... Lepas tu letak la garam n gula secukup rasa. Pastu kau kacau kacau kacau la sampai da naik minyak.. Letak cili flakes kau buat tadi... Kacau sebati.. Kalau pedas sgt letak gula lagi... Pastu da ok kau campak asam keping 2 3 keping... Bior dia kering... Api kecik la time ni...

5.Dah ok.. Sambal kau tutup api... Ingat jgn berminyak sgt buat yg jenis kering mcm gamba akak ni...

6.Proses last sekali bila sambal kau da sejuk da cukup rasa.. Baru kau lodehkan ikan bilis dan kacang kau ni...pastikan sambal kau da sejuk.. Tak perlulah sampai letak dlm peti ais.. Agak agak sejuk la tak melecur tgn kau bila kau colek.. Hahahaha

Kredit :along